Konsep syariah yang biasa digunakan di dalam perbankan Islam
antara lain;
Mudharabah (Perkongsian
Untung)
Suatu pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal
dengan pengusaha projek di mana pengusaha projek menggunakan dana untuk
menjalankan aktiviti perniagaan beliau. Sebarang keuntungan yang diperoleh akan
dikongsi di antara pemberi modal dan pengusaha projek mengikut nisbah yang
telah dipersetujui sementara kerugian pula ditanggung sepenuhnya oleh pemberi
modal.
Murabahah (Kos
Tokok)
Penjualan barangan adalah pada harga yang termasuk margin
keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Harga belian dan jualan,
kos-kos lain serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa
perjanjian jualan dilaksanakan.
Wadiah (Simpanan)
Sama seperti akaun simpanan perbankan konvensional, wadiah
membolehkan pendeposit mendepositkan dana ke dalam institusi perbankan yang
dianggap sebagai penjaga dan pemegang amanah dana. Pihak institusi perbankan
akan menjamin pembayaran balik kesemua deposit berkenaan atau sebahagian
daripada jumlah belum jelas apabila pendeposit memintanya. Pendeposit mungkin diberi
'hibah' (hadiah) di atas budi bicara institusi perbankan, sebagai satu bentuk
penghargaan pihak institusi perbankan kepada pendeposit kerana membenarkan
penggunaan dana tersebut.
Musyarakah (Usaha
Sama)
Biasanya digunapakai bagi pernigaaan perkongsian atau
perniagaan usaha sama untuk sesuatu perusahaan perniagaan. Keuntungan yang
diperoleh akan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang dipersetujui manakala
kerugian akan ditanggung berdasarkan nisbah sumbangan modal.
Bai’ Bithaman Ajil (Pembayaran
Jualan Tertangguh)
Penjualan barang berdasarkan pembayaran tertangguh pada
harga tertentu, yang termasuk margin keuntungan yang telah dipersetujui.
Wakalah (Agensi)
Peserta melantik seorang wakil untuk melaksanakan dan menjalankan
transaksi bagi pihak beliau.
Qardhul Hassan (Pinjaman
Ihsan)
Pinjaman yang diberikan atas semangat ihsan dan peminjam
hanya dikehendaki membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja. Walaubagaimanapun,
di atas budi bicara peminjam, beliau boleh membayar balik pinjaman melebihi
jumlahnya (tanpa perlu berjanji untuk berbuat sedemikian) sebagai tanda
penghargaan kepada pemberi pinjaman.
Ijarah Thumma Al Bai’
(Sewa Beli)
Terbahagi kepada dua perjanjian yang berasingan, perjanjian
Ijarah adalah perjanjian pertama di antara kedua-dua perjanjian ini di mana
pelanggan akan memajak kereta tersebut daripada pemilik (institusi perbankan)
pada kadar sewa yang telah ditentukan terlebih dahulu untuk suatu tempoh
tertentu. Pada akhir tempoh pemajakan tersebut, perjanjian kedua atau
perjanjian Bai' akan dikuatkuasa untuk membolehkan pelanggan membeli kenderaan
tersebut pada harga yang telah dipersetujui.
Bai’ al-Inah (Perjanjian
Jual dan Beli Balik)
Penjualan aset kepada pelanggan secara bayaran tertangguh
dan serterusnya aset berkenaan akan dibeli kembali oleh pembiaya secara tunai
pada harga diskaun.
Hibah (Hadiah)
Sagu hati yang diberi secara sukarela sebagai balasan kepada
pinjaman yang diberi atau manfaat yang diterima.
Semoga kita boleh pratikal dalam menguruskan kewangan kita harian tanpa ada ragu-ragu apabila kita mengetahui selok belok dan hukum dalam perbankan islam dan mengunakan produk kewangan di negara kita tanpa ada syakwasanka lagi...wasalam...Selamat Berpuasa..
0 comments :
Post a Comment