Rezki dan Amalan

Sebab-Sebab Yang Mendatangkan Rezki


Judul:
Sebab-Sebab Yang Mendatangkan Rezki
bahasa:Indonesia
Ringkasan:
Makalah singkat yang menjelaskan sebab-sebab yang mendatangkan rezki yang Allah SWT terangkan bagi hamba-hambanya, diantaranya adalah: bertakwa kepada Allah SWT, istigfar dan taubat, tawakkal, silaturahim, infak di jalan Allah SWT, berbuat baik kepada orang-orang lemah dll…
Tanggal Penambahan:
2009-04-06
Link penghubung:
http://IslamHouse.com/203140

DOA SOLAT DHUHA DAN KELEBIHAN



Berkata Abu Murrah Ath-Tha'ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
"Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya."

(Riwayat Ahmad)

Nabi SAW ada bersabda: "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w. menjelaskan: "Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya." (lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari.)
sekurang-kurangnya 2 rakaat setiap pagi.. Solat Dhuha memurahkan rezeki. Boleh la amalkan. InsyaAllah Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang..

Kelebihannya
1. Dia tergolong dikalangan orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah

2. Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga

3. Diberikan ketenangan dalam hati dan kepuasan dalam setiap pekerjaan.

4. Menarik rezeki dan menolak kepapaan.

5. Diberikan rezeki ( bukan sahaja dalam bentuk kemewahan wang ringgit sahaja ) tetapi rezeki anak yang soleh, isteri atau suami yang bertanggungjawab dan menenangkan jiwa, pekerjaan yang halal dan diberkati.

6. Allah memudahkan segala urusan

7. Diberikan rezeki sihat tubuh badan

8. Diberikan rezeki keturunan yang soleh dan dihormati.

9. Diberikan rezeki rakan sekerja, jiran-jiran, sanak saudara dan orang sekeliling yang baik budi pekerti.
Doa yang disarankan
"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu ". " Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"



-------Wallahu a'lam.--------
Kredit for: afnizami smail