24 March 2014

Fakta ASB

Mencari Pilihan: Bukan satu kejutan ASB dilihat suatu pilhan pelaburan yang BIJAK tapi adakah ia harus dijadikan keputusan MUTLAK dalam pelaburan?



Fakta ASB (Amanah Saham Bumiputera) & ASN (Amanah Saham Nasional)
  • Dilancarkan pada tahun 1990
  • Diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Sehingga 2009, nilai dana ASB berjumlah RM70,673 Billion manakala ASN berjumlah RM1,159 Billion
  • Pemegang akaun ASB terkini berjumlah 6,793,632 dan kebanyakkan pemegang akaun adalah MELAYU ISLAM dan MUSLIM
  • Berdasarkan Garispanduan Unit Amanah dari Suruhanjaya Sekuriti (badan yang mengawalselia pentadbiran pelaburan unit amanah), pelaburan ASB dan ASN TIDAK dikategorikan sebagai pelaburan Patuh Syariah dan pihak PNB tidak pernah mengumumkan dana ASB dan ASN sebagai pelaburan patuh Syariah
  • Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat bertarikh 3 Februari 2008, memutuskan hukum HARUS bagi pelaburan ASN dan ASB
  • Suruhanjaya Sekuriti menetapkan setiap dana amanah patuh Syariah perlulah mempunyai Badan Penasihat Syariah bagi memantau pelaburan dana agar sentiasa sejajar dengan tuntutan dan memenuhi keperluan Syariah
  • PNB sehingga kini masih belum menubuhkan Badan Penasihat Syariahdan sedang dalam perancangan untuk menubuhkannya bagi menstruktur semula dana-dana supaya patuh Syariah.
Senarai 20 pelaburan terbesar ASB sehingga 31 Disember 2009
  • Dari jadual di atas, didapati peratusan pelaburan TIDAK PATUH SYARIAH sebanyak 31.21%
  • Didapati 28.15% dilaburkan ke dalam Malayan Banking Berhad, sebuah kumpulan perbankan KONVENSIONAL
  • Ini bermakna, 28.15% dari pulangan atau dividen yang diterima oleh pemegang akaun ASB dijana dari perkhidmatan kewangan yang berunsurkan RIBA’ – bertentangan dengan Syariah
Perbezaan pendapat dari hukum HARUS pelaburan ASB
  • Mengikut Majlis Agama Islam Selangor, ia TIDAK HARUS serta bonus dan dividen yang diterima sebagai pulangan dari pelaburan ASB tidak dibolehkan membayar zakat kerana pelaburan tidak selari dengan tuntuan Syariah
  • Mengikut Majlis Agama Islam Perak, ia adalah HARUS kerana apabila bahagian pelaburan patuh syariah lebih besar berbanding bahagian pelaburan tidak patuh syariah, hukumnya HARUS berdasarkan pendapat dari kitab-kitab mazhab serta ulama Islam
  • Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mencadangkan, Muslim boleh menyertai skim pelaburan ASB dan tidak berasa sangsi akan status pelaburan atau dividen dan bonus yang diterima.
Kesimpulan
Oleh itu, pelabur boleh memilih untuk melabur dalam ASB, huraian “tidak berasa sangsi” tidak harus disalah erti sebagai bermaksud Muslim hendaklah mengendahkan pelaburan Islam sebenar (Islamic Funds). Muslim hendaklah sentiasa memilih pilihan yang terbaik.
  • Sesungghnya amalan RIBA’ itu hukumnya HARAM di sisi Islam, jadi apa yang terang-terang dilihat HARAM adalah menjana kekayaan melalui amalan berunsur RIBA’.
  • Oleh itu, apabila 28.15% dari wang anda dilaburkan ke dalam pelaburan berunsur RIBA’, kemudian anda menukar pelaburan anda kepada Dana Islam (Islamic Funds) yang strukturnya ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti, adakah itu suatu pilihan yang lebih baik?
  • Kepentingan memilih Dana Islam berbanding ASB dapat dilihat pada jadual diatas yang menunjukkan terdapat sebanyak 150 jenis dana patuh Syariah yang pelabur Muslim diberi pilihan untuk menyertainya yang mempunyai nilai dana berjumlah RM22.08 Billion manakala nilai dana konventional berjumlah RM169.63 (41% atau RM70,673 Billion datang  dari ASB)
  • Artikel ini bertujuan mengajak umat Islam memikirkan pilihan yang lebih TELUS dan menyarankan umat Islam supaya menjauhkan diri dari amalan RIBA’ yang terang-terangan melanggar tuntutan Syariah.
“BERSAMA MENYOKONG KEWANGAN ISLAM DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH, SESUNGGUHNYA IA ADALAH TANGGUNGJAWAB DAN TUNTUTAN SUNNAH DAN AGAMA”