13 December 2013

Gandakan Duit Simpanan dengan PRS


Pengenalan kepada PRS

PRS secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. Objektif PRS adalah untuk memberi pilihan bagi skim yang sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia, sama ada bekerja atau bekerja sendiri, secara sukarela untuk menambah dana persaraan mereka di bawah skim yang berstruktur dan dikawal selia.Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana kini pelabur boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri. Tujuan Dana PRS adalah untuk memberikan pulangan jangka panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia. Aset bagi setiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim bebas.
EPP 6: Memacu pertumbuhan industri pencen swasta – bagi menyelaraskan sistem pencen sedia ada dengan perubahan ekonomi & sosio demografi.


Sebuah negara berpendapatan tinggi mesti mempunyai kerangka sosial yang kukuh dan mampan bagi memastikan simpanan persaraan negara itu mencukupi. PRS membentuk aspek penting dalam industri pencen swasta dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia di masa persaraan melalui simpanan tambahan.
PRS membentuk teras ke-3 dalam kerangka persaraan pelbagai di Malaysia dan persekitaran yang menggalakkan adalah penting. Oleh demikian, PPA bertindak sebagai pentadbir pusat untuk PRS.

PRS merupakan inisiatif di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 2 untuk mempercepatkan pembangunan industri pencen swasta, ia direka untuk menyediakan dana persaraan tambahan. PRS dijangka menyumbang ke arah mewujudkan teras ke-3 (sukarela) sebagai sebahagian daripada skim pencen negara yang mantap.

Memperkukuh Skim Pencen


 *sumber dari www.ppa.my