25 February 2014

Asas-asas Perlaburan Saham


Sejak beberapa tahun yang lalu, saham telah menjadi instrumen pelaburan yang semakin popular. Walau bagaimanapun, ramai yang kehilangan sebahagian besar pendapatan mereka apabila pasaran saham merudum. Sekiranya anda bertanya kepada rakan-rakan anda, pasti ramai di antara mereka yang melabur dalam saham. Namun, jika anda bertanya lebih lanjut, anda akan mendapati bahawa ramai di antara mereka yang tidak tahu-menahu mengenai saham yang mereka beli. Jangan terkejut jika ada yang mengakui bahawa satu-satunya sebab mereka melabur dalam pasaran saham ialah kerana “orang lain pun beli”, tanpa mengambil inisiatif untuk memahami asas-asas pelaburan saham.

Menetapkan matlamat kewangan anda
Melabur sebenarnya bermaksud membuat wang bekerja untuk anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Oleh itu, sebelum mula melabur, anda perlu menetapkan matlamat kewangan anda dengan bertanya kepada diri sendiri “Apakah jenis pulangan yang saya harapkan berdasarkan keperluan kewangan saya?”

Matlamat yang anda tetapkan haruslah realistik, munasabah dan boleh diukur. Sebagai contoh, menetapkan sasaran pulangan 8% setahun bolehlah dianggap munasabah dan sesuatu yang boleh diukur. Manakala, menetapkan sasaran seperti “Saya mahukan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan pulangan rakan-rakan saya” pula adalah suatu sasaran yang tidak cukup khusus.

Mempertimbangkan risiko dan pulangan
Apabila berbincang tentang pelaburan, kita perlu memikirkan mengenai risiko dan pulangan, kerana kedua-duanya saling berkaitan. Jumlah pulangan yang anda harapkan bergantung sebahagian besarnya kepada risiko yang anda sanggup dan mampu untuk ditanggung.

Cara termudah untuk mentakrifkan risiko ialah kemungkinan kehilangan wang yang anda dilaburkan. Apabila risiko yang ditanggung lebih tinggi, pulangan yang dijangkakan juga akan lebih tinggi disebabkan premium yang dibayar kepada anda untuk risiko tinggi yang ditanggung itu. Walau bagaimanapun, tahap risiko yang mampu ditanggung seseorang itu bergantung kepada peringkat kehidupannya berapa umurnya dan juga situasi kewangannya. Seorang profesional yang berusia 30-an mungkin boleh mengambil risiko yang lebih tinggi berbanding dengan seorang pesara yang bengantung kepada wang simpanannya. Begitu juga, seseorang yang memiliki pendapatan boleh guna dan simpanan yang tinggi mampu menanggung risiko yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai simpanan yang sedikit ataupun tidak mempunyai sebarang simpanan sama sekali.

Bilakah saham sesuai dijadikan instrumen pelaburan?
Secara amnya, saham lebih sesuai dijadikan pelaburan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang kerana sifat semula jadi saham itu sendiri yang  sentiasa berubah-ubah dalam jangka masa pendek. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai keperluan kewangan jangka masa pendek, pastikan anda mengasingkan jumlah wang yang diperlukan dalam deposit bank jangka masa pendek sebelum melabur dalam pasaran saham. Jangan sesekali mengharapkan pulangan dari pelaburan saham untuk jangka masa pendek, kerana apabila anda terdesak dan memerlukan wang serta terpaksa menjual saham yang anda pegang, pasaran saham mungkin berada dalam keadaan menurun dan sekaligus menyebabkan anda menanggung kerugian.

Pelaburan berbanding Spekulasi
Sebagai seorang pelabur dalam pasaran saham, anda juga perlu memahami dan membezakan antara pelaburan dan spekulasi. Ada orang yang inginkan keuntungan segera dalam jangka masa pendek dengan membeli saham yang menjadi rebutan ramai dalam pasaran pada sesuatu masa. Walau bagaimanapun, jual beli saham sebenarnya memerlukan kemahiran dan tahap disiplin yang tinggi. Malangnya, ramai pelabur cuba mengejar keuntungan daripada perubahan harga saham dengan bergantung kepada maklumat ataupun khabar angin yang dipercayai akan menaikkan harga saham mereka. Jual beli seperti ini melibatkan risiko yang sangat tinggi, kerana anda mungkin mendapat keuntungan yang lumayan ataupun sebaliknya mengalami kerugian yang teruk.

Anda tidak seharusnya mencemburui keuntungan yang diperolehi oleh rakan-rakan anda yang melabur berdasarkan spekulasi. Ini kerana, kajian telah menunjukkan bahawa dalam jangka masa panjang, mereka yang terlibat dalam spekulasi lazimnya akan mendapat pulangan yang lebih rendah ataupun negatif, manakala mereka yang menetapkan matlamat kewangan dan berdisiplin dalam mencapai matlamat mereka memperoleh pulangan yang lebih memuaskan. Apa yang paling penting ialah disiplin dalam mematuhi matlamat yang telah anda tetapkan. Jangan bersifat tamak – anda tidak akan berjaya mengatasi pasaran dengan sentiasa berharap untuk membeli pada harga terendah dan menjual pada harga tertinggi.

Membeli saham seumpama membeli sesuatu perniagaan. Pastikan anda memberi tumpuan kepada perniagaan tersebut dan memiliki pandangan jangka masa panjang untuk saham-saham yang telah anda beli. Anda perlu memilih saham yang memberikan dividen yang baik dan berpotensi untuk berkembang agar anda dapat memperolehi untung modal yang lebih tinggi. Selagi saham yang anda beli menunjukkan prestasi yang diharapkan, anda bolehlah mengekalkan pegangan anda dalam saham tersebut untuk jangka masa yang panjang.

05 February 2014

Pentingnya Memahami Insurans dan Takaful


Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetapkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.

Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.

Anda boleh membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful:

a.       Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful
b.      Melalui ejen berdaftar atau broker berlesen
c.       Melalui institusi perbankan yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful
d.      Melalui Internet


Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
a.       Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
b.      Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
c.       Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
d.      Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
e.      Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
f.        Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.


Sepertimana anda dapat lihat semua fakta di atas adalah benar, sebaliknya adalah tindakan anda, sesuatu yang kita melihatnya dengan berfikiran positif dan dengan tindakan yang tepat anda boleh memaksimumkan faedahnya dalam keseluruhan hidup anda.

Di sini saya membuka perluang kepada sesiapa yang berminat dengan sebarang produk takaful dan insurans dan inggin mengetahui manakah produk yang beraada dipasaran bagus untuk anda dan memenuhi segala kehendak yang anda iniginkan saya sebagai seorang ejen yang berdaftar dengan Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia boleh membantu anda dalam memenuhi keperluan anda.

 Dan untuk maklumat anda melalui kami di save and invest anda boleh memilih sebarang produk daripada mana-mana syarikat takaful dan insurans yang ada di dalam Malaysia untuk memenuhi kehendak anda, kerana kami di save and invest tidak mewakili mana-mana syarikat takaful dan insurans tetapi kami mewakili pihak pengguna untuk memilih mana-mana syarikat dan produk yang terbaik untuk mereka di bawah akta lesen yang sah.

Senarai syarikat yang anda boleh  pilih bersama dengan kami: Yang Paling Terbaik Untuk anda?? Kami akan membantu anda, Hubungi Kami KLIK DISINI

Pengendali Takaful di Malaysia (Islamic)

NO
NAMA
1
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
2
AIA AFG Takaful Bhd.
3
Etiqa Takaful Berhad
4
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
5
MAA Takaful Berhad
6
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
7
ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
8
Hong Leong MSIG Takaful Berhad
9
Prudential BSN Takaful Berhad
10
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
11
CIMB Aviva Takaful Berhad
12
AmFamily Takaful Berhad

Insurans Hayat dan Am (Conventional)

No.
 Name
1
AIA Bhd
2
Etiqa Insurance Berhad
3
MCIS Zurich Insurance Berhad
4
Prudential Assurance Malaysia Berhad
5
Zurich Insurance Malaysia Berhad

Insurans Hayat (Conventional)

No.
 Name
1
AXA Affin Life Insurance Berhad
2
Allianz Life Insurance Malaysia Berhad
3
AmLife Insurance Berhad
4
Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad
5
Hong Leong Assurance Berhad
6
Manulife Insurance Berhad
7
Sun Life Malaysia Assurance Berhad
(formerly known as CIMB Aviva Assurance Berhad)
8
Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd
9
Uni.Asia Life Assurance Berhad

sumber: http://www.bnm.gov.my

30 January 2014

Pelaburan Swasta di Malaysia: Pemacu dan Kemampanan


Pengenalan

Berikutan penurunan ketara pelaburan swasta di Malaysia akibat dilanda Krisis Kewangan Asia 1997/98, pemulihannya yang beransur-ansur selepas krisis tersebut telah terhenti seketika disebabkan oleh beberapa episod kejutan permintaan global. Ini termasuk meletusnya Gelembung Teknologi (Tech Bubble) pada tahun 2001, tersebarnya wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2003, dan krisis kewangan global pada tahun 2008/09 (Global Financial Crisis, GFC). Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh pelaburan swasta kepada ekonomi Malaysia adalah lebih sederhana sepanjang tempoh 2001-2011 dan hanya mencakupi purata 11.8% daripada KDNK berbanding dengan purata pelaburan swasta yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 22.9% daripada KDNK pada tempoh 1990-an. Namun, sejak suku keempat tahun 2011, pelaburan swasta telah muncul sebagai penyumbang penting kepada pertumbuhan negara. Dengan mencatat pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2012 (22%), sumbangan pelaburan swasta telah meningkat kepada 15.5% daripada KDNK pada tahun 2012. Momentum pertumbuhan yang kukuh ini mencerminkan sebahagian daripada peralihan yang sedang berlaku dalam ekonomi Malaysia, terutamanya pengukuhan penggunaan swasta dan pempelbagaian dalam struktur eksport Malaysia. Pelaburan swasta bukan sahaja meraih manfaat daripada trend ini, malah turut memperteguh peralihan struktur ini, lantas menyumbang kepada pengukuhan permintaan dalam negeri dan pempelbagaian selanjutnya dalam sumber pertumbuhan ekonomi. Memandangkan pelaburan swasta memainkan peranan penting untuk menambah kapasiti produktif ekonomi, mempercepat kemajuan teknologi dan mewujudkan peluang pekerjaan, justeru rencana ini bertujuan membincangkan penentu utama yang menyumbang kepada peningkatan pelaburan swasta. Penilaian juga dibuat mengenai kemampanan pelaburan swasta pada masa hadapan dan implikasi yang mungkin ada terhadap pertumbuhan ekonomi.

Kajian teori dan penemuan empirikal

Bagi menentukan pendorong utama pelaburan swasta di Malaysia, beberapa model yang telah pun dibentangkan digunakan sebagai rujukan iaitu: (i) Accelerator model; (ii) model keuntungandijangka; (iii) model neoklasik Jorgenson; dan (iv) model Tobin’s Q1. Kebanyakan daripada modelmodel ini menekankan pentingnya faktor asas, seperti permintaan, keberuntungan, penggunaan kapasiti dan kos modal, bagi menjelaskan trend pelaburan swasta. Kajian yang lebih terkini juga mengambil kira penentu lain seperti ketidakpastian ekonomi dan ketersediaan pembiayaan. Kajian empirik sedia ada menunjukkan bahawa pengeluaran, keuntungan dan tahap penggunaan kapasiti secara amnya memberikan kesan positif terhadap pelaburan swasta. Selain itu, keberuntungan yang lebih tinggi dan akses kepada pembiayaan yang lebih meluas memudahkan pelaburan swasta dengan adanya pembiayaan yang lebih tinggi. Kadar faedah yang lebih tinggi dan ketidakpastian ekonomi juga dijangka akan memberikan kesan negatif terhadap pelaburan swasta. Kadar faedah yang lebih tinggi akan meningkatkan kos pinjaman bank dan seterusnya kos modal atau kos melepas perolehan tertahan, manakala ketidakpastian ekonomi pada tahap yang tinggi mungkin mengakibatkan pelaburan ditangguhkan ataupun dikurangkan.

Penentu utama pelaburan swasta di Malaysia

Untuk menganalisis penentu utama pelaburan swasta di Malaysia, regresi linear dianggarkan
dengan menggunakan strategi pemodelan am-hingga-khusus (general-to-specific modelling),
dengan tumpuan diberikan pada penentu pelaburan penting yang dibincangkan dalam kajian
sedia ada. Selaras dengan penemuan empirikal sedia ada, hasil anggaran menunjukkan bahawa, terdapat empat faktor utama yang memberikan kesan ketara terhadap pelaburan swasta, iaitu:

(i) Keberuntungan syarikat; 
(ii) kadar penggunaan kapasiti2; 
(iii) ketersediaan pembiayaan; dan
(iv) tahap ketidakpastian ekonomi.

sumber rujukan: http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp04_003_renca na.pdf

21 January 2014

Apakah INFLASI dan Cara MENGATASINYA

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi. Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.
Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi) dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.
Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.
Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.
Bagaimana Untuk Mengatasi Inflasi Kepada Individu dan Isi rumah

Apabila kadar inflasi meningkat dimana keadaan harga barang meningkat keupayaan nilai ringgit yang semakin mengecil, adalah tidak wajar kalau anda meletakan wang anda di bank dalam bentuk simpanan, ini kerana nilai wang anda akan menjadi semakin kecil. Menurut pakar ekonomi pada keadaan atau tahap inflasi tinggi nilai ringgit anda akan berkembang jika anda meletakan wang anda di dalam pasaran market seperti saham ikuiti, ini kerana pada tahap inflasi meningkat kadar pertumbuhan atau kenaikan pasaran market akan meningkat dan sekaligus nilai wang anda yang berada dalam pasaran market akan meningkat dan bertambah. contoh yang kita boleh lihat seperti gambar rajah dibawah ini ..


Bagaimana untuk bermula dalam investment, anda perlukan seorang penasihat yang boleh memantau dan memberi nasihat kepada anda berkenaan dengan perlaburan dan kaedah perlaburan yang mana lebih sesuai dengan anda. Semua penasihat yang berdaftar dengan Suruhanjaya sekuriti sahaja yang boleh memberi nasihat kepada anda mengenai perlaburan yang sah dalam malaysia. Dapatkan penasihat kewangan anda yang di lesenkan oleh SC disini untuk jaminan masa depan kewangan anda, klik disini buat tindakan anda hari ini untuk masa depan anda dan keluarga anda...Wassalammu.

10 January 2014

Risk Can Be Managed


Bahaya adalah benar, tetapi ketakutan adalah satu fenomena psikologi. Walaupun kita harus jauhkan
diri kita daripada bahaya, bagaimanapun, kita tidak boleh sama sekali mengelakkannya. Oleh itu, kita perlu belajar bagaimana untuk melindungi diri kita daripada bahaya atau mencari seseorang yang dipercayai untuk melindungi kita. Dalam pelaburan, risiko adalah berkaitan dengan pelaburan dalam aset berisiko. Namun demikian, risiko boleh diuruskan dan kita perlu belajar bagaimana untuk menguruskan risiko jika kita berniat untuk mencapai pulangan yang lebih baik atau mendapatkan sesorang yang boleh diamanahkan sebagai seorang profesional berpengalaman untuk menguruskan risiko untuk kita.

Fear is not real. It is a product of thoughts you create. Do not misunderstand me. Danger is very real. But Fear is a choice.” Will Smith 
"Takut tidak benar. Ia merupakan produk pemikiran anda buat. Jangan salah faham pada saya. bahaya adalah amat nyata. Tetapi Ketakutan adalah pilihan."

Dalam filem " Selepas Bumi " yang ditunjukkan baru-baru ini dimana menghitung kecelakaan (dimainkan oleh Will Smith) memberitahu anaknya Kitai Raige (dimainkan oleh Jaden Smith) , yang diberi kepercayaan untuk mengambil isyarat peranti untuk menyelamatkan diri mereka dari sebuah planet yang terkandas, bahawa " Bahaya sangat nyata , tetapi takut adalah pilihan yang ada ".


 
Dalam pelaburan , kewujudan risiko adalah benar dan dalam pemkiran/jangka orang biasa (kebanyakan orang), risiko boleh ditakrifkan sebagai kebarangkalian kehilangan wang. Kuantum risiko bergantung kepada jenis pelaburan dan beberapa risiko boleh menjadi lebih tinggi daripada orang lain.
 
Untuk keluar dari zon selesa hanya meletakkan simpanan anda di dalam bank-bank, terdapat keperluan untuk keluar dari deposit bank dimana pulangan yang amat rendah . Untuk memaksimumkan pulangan daripada keadaan semasa iaitu persekitaran kadar faedah yang rendah (iaitu kebarangkalian peluang keutungan yang rendah untuk tahun akan datang ), terdapat keperluan untuk menghadapi risiko.Walaupun risiko tidak dapat dielakkan apabila anda berada diluar dari zon selesa , tetapi risiko boleh diuruskan.

Cara terbaik untuk menguruskan risiko adalah memahami risiko yang berkaitan dengan pelaburan tertentu. Soalan-soalan yang akan ditanya adalah jenis-jenis risiko , di mana kemungkinan bahagian risiko boleh berlaku? apa yang boleh berlaku? bagaimana untuk mengelak dari risiko? apakah rancangan untuk menjangka dan mengatasinya, dan lain-lain. Senarai persoalan yang sama dalam apa-apa jenis perniagaan sekalipun. Ya, kita menguruskan bahagian pelaburan sebagai satu bentuk perniagaan di mana kita perlu menguruskan risiko sambil mencari penyelesaian berkenaan dengan perkara-perkara yang lepas dengan munasabah kembali. Kami sentiasa mencari risiko dan ganjaran yang baik dalam pelaburan saham .
 
Satu lagi cara untuk menguruskan risiko adalah melalui kepelbagaian di dalam kelas aset yang berbeza yang tidak berkait rapat dan dengan menyebarkan pelaburan dari masa ke masa dan bukannya Pelaburan Tunai Sekaligus tunggal.

13 December 2013

Gandakan Duit Simpanan dengan PRS


Pengenalan kepada PRS

PRS secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. Objektif PRS adalah untuk memberi pilihan bagi skim yang sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia, sama ada bekerja atau bekerja sendiri, secara sukarela untuk menambah dana persaraan mereka di bawah skim yang berstruktur dan dikawal selia.Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana kini pelabur boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri. Tujuan Dana PRS adalah untuk memberikan pulangan jangka panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia. Aset bagi setiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim bebas.
EPP 6: Memacu pertumbuhan industri pencen swasta – bagi menyelaraskan sistem pencen sedia ada dengan perubahan ekonomi & sosio demografi.


Sebuah negara berpendapatan tinggi mesti mempunyai kerangka sosial yang kukuh dan mampan bagi memastikan simpanan persaraan negara itu mencukupi. PRS membentuk aspek penting dalam industri pencen swasta dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia di masa persaraan melalui simpanan tambahan.
PRS membentuk teras ke-3 dalam kerangka persaraan pelbagai di Malaysia dan persekitaran yang menggalakkan adalah penting. Oleh demikian, PPA bertindak sebagai pentadbir pusat untuk PRS.

PRS merupakan inisiatif di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 2 untuk mempercepatkan pembangunan industri pencen swasta, ia direka untuk menyediakan dana persaraan tambahan. PRS dijangka menyumbang ke arah mewujudkan teras ke-3 (sukarela) sebagai sebahagian daripada skim pencen negara yang mantap.

Memperkukuh Skim Pencen


 *sumber dari www.ppa.my



17 October 2013

Rahsia Simpanan Dalam Unit Trust/Dana Amanah

TAHUKAH ANDA?

  • Jangka hayat penduduk malaysia ialah 72 tahun bagi lelaki dan 77 tahun bagi wanita. Ini bermakna, simpanan kwsp perlu cukup untuk membiayai tempoh persaraan antara 17 hingga 22 tahun selepas umur 55 tahun.
  • Lebih daripada 70% ahli kwsp mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000. Simpanan ini tidak mencukupi untuk membiayai persaraan mereka.
  • Kebanyakan ahli menghabiskan simpanan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun selepas bersara.
(sumber: BeritaHarian 7 januari 2013, isnin, ms 9)

Harga minyak MELAMBUNG 40%, harga barang makanan, harga bahan api, gas, elektrik dan tenaga, tol, tambang dan bermacam-macam lagi harga dipasaran sekarang semakin MENINGKAT hari demi hari. Hidup rakyat Malaysia kini semakin dihimpit kerisauan dan kegelisahan. Dalam keadaan sebegini tiada siapa yang boleh membantu kita malahan kerajaan sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa, maka ia hanya terletak kepada DIRI ANDA SENDIRI untuk MERUBAHNYA. Anda MESTI bertindak SEKARANG dengan melabur di dalam UNIT AMANAH, pelaburan yang menjamin masa hadapan anda. Pasti ANDA TIDAK AKAN MENGHADAPI MASALAH DI KEMUDIAN HARI!!


Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.

Anda  boleh  memaksimumkan wang K-W-S-P anda melalui pelaburan dalam unit amanah? Pulangan K-W-S-P tahun lepas hanya 5%. Tapi pulangan unit trust tahun lepas ada yang mencecah 33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam unit trust dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.

Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun, dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)20 = RM76,675.20 SUNGGUH LUMAYAN!!

Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 = RM41,883.70 Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak!...

Jika anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masakini dan akan datang, inilah pelaburan yang SAH disisi undang-undang malaysia. Mulakan langkah pelaburan bijak anda dengan Pelaburan Unit Amanah.

 Cara Melabur Dengan Wang Simpanan Pekerja dan Sejarah Unit Amanah Melalui Wang Simpanan Pekerja

Bagaimana Unit Trust Berfungsi: Video


Bila Skim Ini di lancarkan?

Pada November 1996, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (K-W-S-Pmelancarkan E-P-F MEMBER INVESTMENT SCHEME (E-P-F MIS). Pada mulanya skim ini menawarkan ahli-ahli K-W-S-P yang mempunyai bakime lebihi RM55,000 dalam Account 1 (Retirement Account) dan tidak mencapai umur 55 satu alternatif untuk melabur simpana K-W-S-P mereka. Mereka layak menarik balik dana di bawah skim ini dan melabur melalui Fund Management Institutions (FMI) yang diluluskan dan kerana ianya satu alternatif kepada anda untuk anda mengandakan duit K-W-S-P anda.


Bermula pada 1hb Februari 2008, dimana baki dalam akaun 1 boleh digunakan untuk pelaburan unit amanah dimana ianya ditentukan menurut umur dan berdasarkan oleh jumlah simpanan asas seperti yang dibuat oleh K-W-S-P dalam akaun 1.


Pengiraan jumlah yang boleh digunakan untuk pelaburan

Jumlah simpanan minimum untuk melabur ialah RM1,000 dan tidak melebihi daripada 20% dari jumlah baki dari simpanan asas dalam Account 1, misanya tengok contoh pengiraan ini :


Simpanan Asas Mengikut yang diperlukan dalam Account 1 ialah seperti berikut:

Age
(years)
Basic Savings
(RM)
Age
(years)
Basic Savings
(RM)
18
1,000
37
34,000
19
2,000
38
37,000
20
3,000
39
41,000
21
4,000
40
44,000
22
5,000
41
48,000
23
7,000
42
51,000
24
8,000
43
55,000
25
9,000
44
59,000
26
11,000
45
64,000
27
12,000
46
68,000
28
14,000
47
73,000
29
16,000
48
78,000
30
18,000
49
84,000
31
20,000
50
90,000
32
22,000
51
96,000
33
24,000
52
102,000
34
26,000
53
109,000
35
29,000
54
116,000
36
32,000
55
120,000





Contoh Pengiraan:
Member
(Ahli)
Umur
Jumlah
Simpanan
Account 1 (RM)
Simpanan Asas 
(RM)
Pengiraan:
(Jumlah simpanan Account 1 – Simpanan asas) x 20%
Kelayakan Ahli
A
22
3,000
5,000
-
Tidak layak, kerana simpanan Account 1 kurang daripada simpanan asas yang diperlukan
B
22
9,000
5,000
(9,000 – 5,000) x 20%

RM800
Tidak layak, kerana simpanan Account 1 kurang daripada RM1,000 kelayakan minimum 

C
25
22,000
9,000
(22,000 – 9,000) x 20%

RM2,600
Layak, kerana simpanan lebih dari simpanan asas dan baki simpanan melebihi jumlah pelaburan minimum RM1,000

Skim Pelaburan dibuka kepada semua berkelayakan bagi ahli-ahli K-W-S-P untuk melabur dalam Unit Trust menggunakan simpanan K-W-S-P untuk keuntungan berpotensi meningkatkan kembali untuk simpanan persaraan.



Kebaikan dan faedah:
  • Peluang untuk mendapat pulangan yang lebih baik di simpanan persaraan anda  melalui satu pendekatan pembiayaan Kepelbagaian (meletak telur dalam banyak bakul)
  • Tiada perbelanjaan modal dipererlukan kerana dana akan datang terus dari simpanan K-W-S-P anda.
  • Peluang meningkatkan pendedahan untuk pelbagai produk(ekuiti, property, bond dan lain-lain) dalam pasaran tempatan dan juga berlandaskan Shariah Islam yang mungkin telah dibataskan oleh pelaburan dijalankan oleh K-W-S-P. Ability memilih pelaburan anda berdasarkan keutamaan risiko anda.
  • Melabur di suku tahunan waktu rehat dimana kelebihan strategi Pemurataan Kos Ringgit (Dollar Cost Averaging: Video)  yang mana bertujuan untuk mengurangkan risiko dalam purata pelaburan berharga sepanjang masa.
  • Pengeluaran dapat dibuat secara berkala tiga bulan dari tarikh pengeluaran terakhirtertakluk kepada ketersediaan memerlukan jumlah simpanan asas dalam Account 1.
Dollar Cost Averaging




 Cara Untuk Melabur Dalam Unit Amanah

 1. Cara untuk melabur dalam unit amanah iaitu melalui Tunai atau Simpanan Berkala Melalui K-W-S-P (akaun 1) atau kedua-duanya sekali.

2. Pilih Dana/ tabung unit amanah yang anda ingin melabur berdasarkan Fund Focus dibawah ini atau mengikut kesesuaian anda sendiri.

P/S
Boleh Hubungi saya untuk penerang lanjut atau untuk membeli dana unit amanah islamic patuh syariah dengan menghubungi saya di hafiz6111@gmail.com / melaka.investor@gmail.com

atau boleh isi borang di bawah:
3. Isi borang pemohonan disini click here


Lebih dari 200 jenis Unit Amah Yang Anda Boleh Anda Perolehi Disini:
1Affin Fund Berhad
2Alliance Investment Management Berhad
3AmanahRaya Investment Management
4AmInvestment Services Berhad
5Areca Capital Sdn Bhd
6ASM Investment Services Berhad
7BIMB Investment Management Berhad
8CIMB-Principal Asset Management Berhad
9Eastspring Investments Berhad
(formerly known as Prudential Fund Management Berhad)
10Hwang Investment Management Berhad
11ING Funds Berhad
12Inter-Pacific Asset Management
13KAF Fund Management
14Kenanga Investors Berhad
15Libra Invest Berhad
16MIDF Amanah Asset Management Berhad
17OSK-UOB Investment Management Berhad
18OSK-UOB Islamic Fund Management Bhd
19Pacific Mutual Fund Berhad
20Pheim Unit Trust Berhad
21Phillip Mutual Berhad
22RHB Investment Management Berhad
23TA Investment Management Berhad
***Rujuk Kepada Fund Focus Diatas Untuk Pilih Unit Amanah Yang Paling Terbaik Untuk anda Memulakan  Pelaburan, Fund Focus Dibuat dan di Cadangkan Oleh Badan Profisional, Berdasarkan Kajian dan Pengalaman...